Love notes

Everything starts with LOVE
Wednesday, December 31, 2014
Monday, December 29, 2014
Thursday, December 25, 2014
Wednesday, December 24, 2014
Masalah guru & murid bermasalah pendengaran
Murid-murid bermasalah pendengaran perlu mengikut sepenuhnya sukatan
pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSR) dan menggunakan bahasa
isyarat sebagai bahasa penghantar utama. Mereka tidak terkecuali dalam
peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM untuk semua mata pelajaran teras dan elektif termasuklah
Pendidikan Moral. Sebahagian besar murid
bermasalah pendengaran menganggap Pendidikan Moral sukar
untuk belajar dan kurang penting kerana ia hanyalah
sebagai mata pelajaran elektif. Justeru
itu, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral menjadi satu cabaran besar kepada guru untuk memupuk serta menanam
kesedaran tinggi terhadap nilai-nilai murni dalam kalangan murid. Ini dibuktikan dengan pencapaian murid dalam peperiksaan
bagi mata pelajaran Pendidikan Moral adalah rendah dan kurang memuaskan. Terdapat beberapa masalah telah dikenal pasti:
1. Guru menghadapi masalah untuk menjelaskan nilai-nilai
murni dan aplikasinya yang tepat mengikut konteksnya.
2. Guru menghadapi masalah untuk menterjemahkan nilai-nilai murni mengikut konstek dan maksud
yang tepat apabila diaplikasikan dalam situasi sebenar.
3. Murid-murid
bermasalah pendengaran yang mempunyai tahap bahasa yang rendah kurang
bermotivasi untuk belajar subjek Pendidikan Moral.
4. Murid-murid
bermasalah pendengaran menghadapi masalah untuk mengingat 36 nilai moral.
Pendidikan mesti dari hati ke hati......
Menerima hadiah pada Hari Guru adalah
satu perkara yang cukup biasa dalam
kalangan guru-guru sama ada guru sekolah rendah mahupun guru sekolah menengah. Namun, untuk guru-guru pendidikan khas, mendapat hadiah daripada murid-murid yang istimewa, murid-murid yang mungkin
tak pernah kenal perkataan “Hadiah” dalam dunia mereka, menerima hadiah pada Hari Guru menjadi satu perkara
yang begitu mustahil. Pada Hari
Guru tahun ini, seorang guru pendidikan khas telah menerima hadiah
yang cukup bermakna dalam kehidupannya. Ia adalah sekeping
gambar. Dalam gambar, adalah nota mini pendidikan
moral yang
disediakan oleh guru ini kepada muridnya yang bermasalah pendengaran pada enam tahun dahulu. Guru itu menyedarkan masalah murid bermasalah
pendengaran, dia telah meringkaskan semua definisi dalam 36 nilai moral. Tujuan guru adalah untuk membantu murid tersebut mengingat semua nilai-nilai moral dan definisinya. Oleh sebab nota mini yang penuh dengan kasih
sayang ini, murid yang tidak suka belajar, tidak suka membaca dan tidak suka
menjawab soalan itu mula belajar bersungguh-sungguh, dan akhirnya dia mendapat keputusan yang baik dalam Pendidikan Moral SPM yang semua
soalannya dalam bentuk subjektif. Hari ini, selepas enam tahun, murid
bermasalah pendengaran ini telah berjaya menjadi seorang pereka grafik.
Kisah
sumbangan dan pengorbanan guru bukanlah suatu perkara yang baru. Malah setiap
kita ada cerita tersendiri. Pendidikan harus melalui kasih sayang tanpa
meminggirkan murid-murid pendidikan khas yang selalunya corot kekal ke belakang.
Guru-guru pendidikan khas menyemai bibit-bibit "kasih sayang" kepada
murid. Ketika kasih sayang seseorang guru tertanam dalam sanubari murid-murid maka
mereka akan menjadi penurut dan pengikut gurunya (Mohd Farhan 2013). Buah dari
kasih sayang guru akan membuat murid-murid tidak mudah mengabaikan
tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan kepada mereka. Kehangatan kasih sayang
yang diterima murid-murid ini akan menjadikan kehidupan mereka bermakna,
membangkitkan semangat, melejitkan potensi istimewa yang terpendam, serta
mendorong untuk berusaha sehingga berjaya.
Oleh itu, pendidikan
harus melalui “KASIH SAYANG”, pendidikan mesti dari “HATI ke HATI”. . .
Kasih Sayang dalam Pendidikan......
Sebagai seorang guru pendidikan khas, tugasnya bukan meluahkan apa yang ada dalam buku teks atau semata-mata mengajar silibus yang mudah sahaja tetapi seharusnya berupaya melibatkan murid-murid yang berkeperluan khas ini dalam proses P&P proses yang lebih menyeronokkan. Dengan adanya kasih sayang, guru dapat menarik para murid berkeperluan khas ke sekolah; dengan adanya kasih sayang, guru dapat mengubah persepsi negatif masyarakt kepada murid-murid berkepeluan khas ini; dengan adanya kasih sayang, guru dapat mengubati hati yang tercedera menjadi sihat.
Begitu penting peranan kasih sayang dalam pengembangan roh dan keseimbangan jiwa
murid-murid
berkeperluan khas. Pendidikan yang
menggunakan pendekatan kasih sayang merupakan kaedah pendidikan terbaik kerana sistem
hubungan ini merupakan fitrah dan serasi dengan jiwa manusia. Apabila tiada
kasih sayang maka tidak akan terwujud persaudaraan di antara manusia; seseorang
itu tidak akan merasa memiliki tanggungjawab terhadap orang lain. Perasaan
kasih sayang terhadap murid-murid khususnya dalam dunia pengajaran dan
pendidikan, adalah satu keperluan. Kasih sayang juga menjadi alat yang terbaik
dalam memperbaiki perilaku akhlak murid dan mengharmonikan hubungan antara guru
dan murid.
Subscribe to:
Posts (Atom)