Love notes

Love notes
Everything starts with LOVE

Wednesday, December 24, 2014

Pendidikan mesti dari hati ke hati......


Menerima hadiah pada Hari Guru adalah satu perkara yang cukup biasa dalam kalangan guru-guru sama ada guru sekolah rendah mahupun guru sekolah menengah. Namun, untuk guru-guru pendidikan khas, mendapat hadiah daripada murid-murid yang istimewa, murid-murid yang mungkin tak pernah kenal perkataan “Hadiah” dalam dunia mereka, menerima hadiah pada Hari Guru menjadi satu perkara yang begitu mustahil. Pada Hari Guru tahun ini, seorang guru pendidikan khas telah menerima hadiah yang cukup bermakna dalam kehidupannya. Ia adalah sekeping gambar. Dalam gambar, adalah nota mini pendidikan moral yang disediakan oleh guru ini kepada muridnya yang bermasalah pendengaran pada enam tahun dahulu. Guru itu menyedarkan masalah murid bermasalah pendengaran, dia telah meringkaskan semua definisi dalam 36 nilai moral. Tujuan guru adalah untuk membantu murid tersebut mengingat semua nilai-nilai moral dan definisinya. Oleh sebab nota mini yang penuh dengan kasih sayang ini, murid yang tidak suka belajar, tidak suka membaca dan tidak suka menjawab soalan itu mula belajar bersungguh-sungguh, dan akhirnya dia mendapat keputusan yang baik dalam Pendidikan Moral SPM yang semua soalannya dalam bentuk subjektif. Hari ini, selepas enam tahun, murid bermasalah pendengaran ini telah berjaya menjadi seorang pereka grafik.
Kisah sumbangan dan pengorbanan guru bukanlah suatu perkara yang baru. Malah setiap kita ada cerita tersendiri. Pendidikan harus melalui kasih sayang tanpa meminggirkan murid-murid pendidikan khas yang selalunya corot kekal ke belakang. Guru-guru pendidikan khas menyemai bibit-bibit "kasih sayang" kepada murid. Ketika kasih sayang seseorang guru tertanam dalam sanubari murid-murid maka mereka akan menjadi penurut dan pengikut gurunya (Mohd Farhan 2013). Buah dari kasih sayang guru akan membuat murid-murid tidak mudah mengabaikan tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan kepada mereka. Kehangatan kasih sayang yang diterima murid-murid ini akan menjadikan kehidupan mereka bermakna, membangkitkan semangat, melejitkan potensi istimewa yang terpendam, serta mendorong untuk berusaha sehingga berjaya.
Oleh itu, pendidikan harus melalui “KASIH SAYANG”, pendidikan mesti dari “HATI ke HATI”. . .




No comments:

Post a Comment