Sebagai seorang guru pendidikan khas, tugasnya bukan meluahkan apa yang ada dalam buku teks atau semata-mata mengajar silibus yang mudah sahaja tetapi seharusnya berupaya melibatkan murid-murid yang berkeperluan khas ini dalam proses P&P proses yang lebih menyeronokkan. Dengan adanya kasih sayang, guru dapat menarik para murid berkeperluan khas ke sekolah; dengan adanya kasih sayang, guru dapat mengubah persepsi negatif masyarakt kepada murid-murid berkepeluan khas ini; dengan adanya kasih sayang, guru dapat mengubati hati yang tercedera menjadi sihat.
Begitu penting peranan kasih sayang dalam pengembangan roh dan keseimbangan jiwa
murid-murid
berkeperluan khas. Pendidikan yang
menggunakan pendekatan kasih sayang merupakan kaedah pendidikan terbaik kerana sistem
hubungan ini merupakan fitrah dan serasi dengan jiwa manusia. Apabila tiada
kasih sayang maka tidak akan terwujud persaudaraan di antara manusia; seseorang
itu tidak akan merasa memiliki tanggungjawab terhadap orang lain. Perasaan
kasih sayang terhadap murid-murid khususnya dalam dunia pengajaran dan
pendidikan, adalah satu keperluan. Kasih sayang juga menjadi alat yang terbaik
dalam memperbaiki perilaku akhlak murid dan mengharmonikan hubungan antara guru
dan murid.
No comments:
Post a Comment