Murid-murid bermasalah pendengaran perlu mengikut sepenuhnya sukatan
pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSR) dan menggunakan bahasa
isyarat sebagai bahasa penghantar utama. Mereka tidak terkecuali dalam
peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM untuk semua mata pelajaran teras dan elektif termasuklah
Pendidikan Moral. Sebahagian besar murid
bermasalah pendengaran menganggap Pendidikan Moral sukar
untuk belajar dan kurang penting kerana ia hanyalah
sebagai mata pelajaran elektif. Justeru
itu, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral menjadi satu cabaran besar kepada guru untuk memupuk serta menanam
kesedaran tinggi terhadap nilai-nilai murni dalam kalangan murid. Ini dibuktikan dengan pencapaian murid dalam peperiksaan
bagi mata pelajaran Pendidikan Moral adalah rendah dan kurang memuaskan. Terdapat beberapa masalah telah dikenal pasti:
1. Guru menghadapi masalah untuk menjelaskan nilai-nilai
murni dan aplikasinya yang tepat mengikut konteksnya.
2. Guru menghadapi masalah untuk menterjemahkan nilai-nilai murni mengikut konstek dan maksud
yang tepat apabila diaplikasikan dalam situasi sebenar.
3. Murid-murid
bermasalah pendengaran yang mempunyai tahap bahasa yang rendah kurang
bermotivasi untuk belajar subjek Pendidikan Moral.
4. Murid-murid
bermasalah pendengaran menghadapi masalah untuk mengingat 36 nilai moral.
No comments:
Post a Comment